Friday, September 04, 2009

native deen-not afraid to stand alone

kali pertama mendengar & menonton video klip lagu ini,membuat saya terfikir tentang kemudahan mengamalkan cara hidup islam untuk umat islam yang mendiami bumi Malaysia yang telah merdeka selama 52 tahun ini.tanpa sekatan polis,masjid tersedia menunggu tetamu hadir mengimarahkannya.tanpa diskriminasi,hari ini muslimah bertudung berdiri sesuai pada tempatnya.

kali kedua menonton video klip lagu ini,membuat saya terfikir nasib saudara seIslam saya di saentero dunia yang mana tdk dapat mengecapi nikmat sepertimana nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di sini.tapi,apa yang saya kagumi ialah kepercayaan & kekuatan diri mereka untuk mengamalkan ajaran Islam walau di sana mereka tahu pelbagai ancaman & ujian akan menimpa mereka jika mengamalkan cara hidup Islam.lihat saja video klip lagu ini.


bahkan saya percaya,kebergantungan mereka terhadap ALLAH & kekuatan diri mereka untuk mengamalkan ajaran ISLAM mengalahkan umat Islam yang mewarisi islam melalui baka seperti saya ini.saya mengenal ISLAM kerana bapa saya seorang yang beragama ISLAM,manakala mereka ini memeluk ISLAM kerana pengetahuan mereka tentang ISLAM melalui pembacaan2 ilmiah atau kajian2 yang dibuat.

islamnya mereka berdasarkan kefahaman mereka tentang ISLAM.bukan kerana baka,bukan kerana warisan malah jauh sekali kerana paksaan kerana agama islam tidak memaksa umat manusia memeluk agamanya.

ALLAH berfirman yang bermaksud:tiada paksaan dalam beragama(islam)...


tetapi,penghayatan terhadap ajaran islam dikalangan umat islam di malaysia hari ini amat jauh ditinggalkan.tentulah tersangat jauh kerana hari ini sesetengah manusia yang mengaku beragama islam tanpa rasa malu & segan silu,makan di siang hari secara terang-terangan ketika umat islam di seluruh dunia berpuasa.tetapi,lain pula yang berlaku di london,dimana datuk bandar london menggalakkan non-muslim untuk turut berpuasa sehari dalam bulan ramadhan ini.untuk mengetahui cerita lebih lanjut,sila klik disini.

No comments:

Post a Comment