Saturday, February 13, 2010

cerpen islami 15 : ilmu ikhlas

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.Na'uzubillah.


........................................................................................
ini adalah email yang dihantar oleh kakak penulis bertarikh 13 feb. 2010.sekadar satu perkongsian ilmu & maklumat yang diharapkan berguna utk penulis dan anda semua.

Friday, February 12, 2010

kenangan yang lalu

Pohon maaf darimu sahabat,
kalau ada salah silap yang terlanjur ku buat,
terutamanya pada teman ku yang rapat,
tentunya jika semakin dekat,
semakin banyak khilaf yang dibuat,
jika tidak rapat,
masakan banyak masaku untuk mu sahabat.

dari hati yang tulus ikhlas,
ku hulurkan tangan tanda kemaafan dipohon.

ku harap,
moga ringan tanganmu menyambut tanganku,
moga lembut tuturmu memaafkan silapku,
moga ikhlas hatimu membenarkan pengakuanku.

sahabat,
hanya itu yang ku harapkan darimu,
jika semua itu mampu kau berikan padaku,
maka ringanlah fikiranku,
         lapanglah jiwaku,
         tenanglah hatiku,
jika selepas ini,
tiada lagi waktu,
waktu seperti kenangan yang lalu.

Hanif Imran
230110
1648
petang yang redup
Perlembahan Nil

Tuesday, December 29, 2009

luahan rasa 291209 on 1237 am

satu saat,
kematian datang menjemput,
tiada siapa menduga,
bila sampai waktunya,
bila tiba masanya,
berangkat ia pergi jua,
tiada cepat dan tiada lambat,
yang ada hanya tepat,
tepat pada satu saat.

ingat,
satu ajaran sebelum berangkat,
bawalah takwa untuk selamat,
kerana bila berangkat,
tiada guna lagi wang,keluarga,harta & pangkat
semua itu ditinggal bagi yang berhak,

hanya takwa menjadi penyelamat,
untuk bertemu kembali Sang Pembuat,
terlupakah oleh kamu akan pertemuan dengan Sang Pembuat?
terlupa kerana apa?
terlupa kerana leka dengan dunia dan maksiat

kini,
lupa bukan lagi jawapan yang bijak utk dijawab,
leka bukan lagi jawapan sesuai utk diucap,
kerana setelah berjuta kali diingat,
masih juga dan lagi dibuat.

sekarang,
yang sesuai adalah pengakuan atas dosa yang dibuat,
itu pun bukanlah penyelamat,
kerana yang bersalah tetaplah neraka baginya tempat.