Tuesday, September 08, 2009

DIALOG BERSAMA PADERI-BENARKAH NABI ISA DISALIB? SIRI 1

usai solat subuh,teringat sebuah buku yang belum dikhatamkan bacaannya.buku kecil yg bertajuk 'ternakan & jual beli cacing & lintah,satu kajian mengikut syarak'.sebuah buku yg dikeluarkan oleh Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu hasil kajian jawatankuasa penyelidikan dewan ulama PAS negeri.

selesai membaca,terfikir apa yang patut disumbat dlm www.mhdhnf598.blogspot.com tu agar tidak bersawang.

terlintas di fikiran,sebuah buku kecil yang bertajuk '(siri dialog bersama paderi) benarkah nabi isa di salib?'.buku yang mengupas tentang kecelaruan2 dalam agama kristian berdasarkan pengalaman penulis, rashidy jamil muhammad ar-rashid berhujah dengan paderi2 & penganut2 agama kristian sendiri.beliau berhujah menggunakan Al-Quran & kitab pegangan mereka yang diubah-suai oleh tangan2 mereka sendiri,Bible.

saya membelinya sewaktu menuntut di sekolah terakhir sebelum berkelana ke ardul kinanah.pada saya,isi kandungan buku ini bermanfaat utk semua.jadi,saya rasa patut dikongsikan bersama-bersama tetamu2 blog ini.

sememangnya,apalah sangat blog saya ini.bagaikan cendawan yg tumbuh dikalangan kumpulan pokok2 balak yang sedia dituai hasilnya.itulah perbandingan keberadaan blog saya dlm alam maya ini.mungkin matlamat perkongsian saya tentang buku ini,tidak sampai kepada kumpulan sasaran iaitu,pencari kebenaran tetapi saya masih mengharapkan agar ALLAH memberi ganjaran disebalik apa yang telah ALLAH permudahkan utk saya lakukan ini.lebih-lebih lagi,semoga ganjaran diberikan & rahmat dilimpahkan kepada penulis buku ini,Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid.semoga ALLAH merahmatimu.selamat membaca.



~~~~~~~~~~~~~~~~~{:~~~~:}~~~~~~~~~~~~~~~~

(siri dialog bersama paderi)
benarkah nabi isa di salib?

oleh:rashidy jamil muhammad ar-rashid

ALFATIHAH buat ALLAHYARHAM SYEIKH AHMED HOOSEN DEEDAT yg telah kembali ke rahmatullah pd hari isnin,3 rejab 1426 bersamaan 8 ogos 2005.

Muqaddimah

Ketika minum petang bersama dgn guru Kristologi saya,Pak Engku telah menghulurkan kpd saya sebuah buku yg bertajuk 'Rahsia jalan yg lurus'.buku yg bersaiz 'booklet' itu cukup menarik minat saya.selain keceriaan gambar sebatang jalan lurus yg dipenuhi dgn pokok2 yg menghijau di sepanjang itu,gaya bahasa penulis ketika menceritakan detik-detik kematian manusia juga,amat menyentuh hati saya.

Buku yg dimulakan dgn kalimah Bismillah dan Assalamualaikum itu,dipenuhi juga dgn ayat-ayat suci al-quran & hadis nabi,sbg perangsang supaya manusia mencari 'Jalan Keselamatan' yg hakiki agar tetap selamat selepas mengalami kematian.

Namun,setelah membelek halaman demi halaman berikutnya,saya amat terkejut 'Jalan Keselamatan' yg dinyatakan itu amat bertentangan dgn ajaran islam

dan akhirnya,barulah saya menyedari,rupa-rupanya buku yg 'berwajah Islam' itu adalah hasil tulisan seorang Paderi Kristian!

Atas dorongan serta semangat yg diberikan oleh Pak Engku spy menjawab fitnah2 Kristian tersebut,maka melalui buku kecil ini,saya berusaha untuk menjelaskan kpd umat islam yg terpengaruh dgn ajaran 'Jalan Keselamatan' tadi agar kembali 'Jalan Keselematan' yg telah mereka yakini dan seterusnya kembali kepada Islam.



~~~~~~~~~~~~~~~~~{:~~~~:}~~~~~~~~~~~~~~~~


BAB PERTAMA:DOSA WARISAN

Apakan dia Dosa Warisan?


Dosa warisan atau Original Sin adalah antara rukun iman yg utama dalam Agama Kristian.orang2 Kristian bhw nabi adam lah yg menyebabkan terjadinya dosa warisan ini.ini adalah kerana baginda telah melanggar perintah ALLAH dgn memakan buah dr pohon larangan setelah terpedaya dgn godaan Iblis.Ini telah dinyatakan dalam Perjanjian Lama (Kejadian 3:6) :
perempuan itu melihat pokok itu sgt cantik dan buahnya enak dimakan.dia berfikir betapa eloknya jika dia menjadi bijaksana.maka dia memetik buah itu dan memakannya serta ia juga memberikan pada suaminya lalu suaminya memakan buah itu.
Oleh kerana seluruh manusia itu berketurunan Adam,maka manusia turut sama menanggung dan mewarisi dosa Adam.Bahkan bayi yg baru lahir pun,turut sama mempunyai dosa warisan ini.Di sinilah bermulanya asal-usul dosa warisan dan orang2 Kristian mesti meyakininya utk membenarkan penyaliban Jesus sbg penebus dosa warisan.

Berterima kasihlah pada Adam!

Setelah kita faham konsep dosa warisan ini,kita dapati seolah-olah Adam telah di 'set up'kan utk membuat dosa yg telah mengakibatkan seluruh manusia mendapat dosa warisan secara automatik.Maka dgn itu,barulah ALLAH mengirimkan Anak-Nya yg tunggal ke dunia ini,utk menebus dosa warisan tadi.

Bertepatan dgn apa yg telah 'dirancang terhadap Adam' ini,di dalam ( Yohanes 3:16 ) telah menyatakan :
Allah sgt mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yg tunggal,supaya setiap org yg percaya kpd Anak itu tidak akn binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.
Dalam ( Galatia 1:4 ) juga menyatakan tentang idea penebusan dosa warisan :
untuk menyalamatkan kita daripada zaman yg jahat ini,Kristus ( Jesus ) telah menyerahkan diri-Nya sbg korban bg dosa2 kita.Dia melakukannya bg mentaati kehendak ALLAH bapa kita.
Tetapi tahukah anda?Sekiranya Adam tidak melanggar perintah Allah dgn memakan buah dr pohon larangan tadi,tentu Jesus tidak akan di kirim oleh ALLAH ke atas dunia ini utk menebus dosa warisan dan agama kristian tidak akan wujud sama sekali!

maka orang2 Kristian mesti berterima kasih pada Adam!

Akal yang waras menolak idea ini

Saya pernah berbincang dgn seorang paderi tentang idea dosa warisan ini,dalam perbincangan itu,saya menerangkan kpd beliau dgn berkata : "Uncle,sungguh menghairankan! Adam yg membuat dosa tetapi kita semua turut menanggungnya! Inikah keadilan Tuhan?" Saya meneruskan lagi dgn berkata : "Kami sbg Muslim percaya bahawa setiap dosa hanya ditanggung oleh diri sendiri."

Di dalam Al-quran ALLAH telah berfirman yg bermaksud :

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah ALLAH, maka sesungguhnya dia berbuat kebaikan itu untuk ( keselamatan ) dirinya sendiri dan barangsiapa yang sesat maka kesesatannya itu adalah untuk ( kerugian ) sendiri.dan setiap orang yg berdosa ( dengan dosanya ) tidak pula dapat menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul ( kepada manusia ).

( Surah Al-Isra 17:15 )
Saya meneruskan lagi dengan berkata : "Bahkan, Bible sendiri menyokong Al-Quran! Dalam ( Yeremia 31:30 ) menyatakan :

Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam,dia sendirilah yang akan merasa masamnya.setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.
Manakala ( Yehezkiel 18:20 ) juga menyatakan :
Orang yang berdosa akan mati.Seorang anak tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya.Demikian juga seorang bapa tidak menanggung akibat daripada dosa anaknya.seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya.
Perhatikan juga di dalam ( Matius 16:27 ) :
Anak Manusia sudah hampir tiba bersama-sama para Malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya.Pada masa itu Dia membalas tiap-tiap orang menurut perbuatannya sendiri.
( Matius 19:14 ) menyebut:
Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya : "Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku, jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan ALLAH."
( Roma 2:5-6 ) juga menyatakan:
Kamu degil dan keras kepala.Oleh itu,kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila ALLAH menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil.Hal yang demikian itu adalah kerana ALLAH akan membalas setiap orang,setimpal dengan perbuatannya sendiri.
"Lihat! Bible pun turut membenarkan apa yangdikatakan oleh Al-Quran tadi."Saya meneruskan lagi dengan berkata : "Uncle, pihak gereja menyatakan adanya dosa warisan,sedangkan Holy Bible pula menyatakan sebaliknya.Di antara kedua pendapat ini,( Gereja dan Holy Bible ) mana satukah yang patut di ikuti olah orang-orang Kristian?"

Setelah mendengar hujah yang saya utarakan, dengan yakin Paderi itu menjawab : "Sebenarnya,yang dimaksudkan dengan Original Sin ialah kecenderungan untuk membuat dosa, bukannya dosa yang kita warisi dari Adam."

Setelah mendengar konsep 'baru' tentang dosa warisan itu,saya terus menyatakan lagi: "Jikalau begitu, apa gunanya Jesus disalib kalaulah semata-mata untuk menebus kecenderungan berbuat dosa, kerana manusia diberi hawa nafsu.

Bahkan hingga sekarang ini pun, penganut Kristian yang meyakini dosa warisan mereka telah tertebus pun masih mempunyai kecenderungan membuat dosa."

Amat menakjubkan! Selain daripada akal yang waras,Bible mereka juga menolak idea dosa warisan ini.

Jadi,siapakah yang sebenarnya telah mencipta idea ini?

RUJUKAN :

1)Holy Al-Quran
2)Tafsir Pimpinan Ar-Rahman(Jabatan Perdana Menteri)
3)Hidayah Al-Hayara Fi Ajwabah Al-Yahudi Wa An-Nasara-Ibnu Qayyim Al-Jawziyah
4)Izhar Al-Haq-Syeikh Rahmatullah Al-Kairanawi Al-Hindi
5)The Choice-Syeikh Ahmed Hoosen Deedat
6)Holy Bible-King James Version
7)Holy Bible-Revised Standard Version
8)Holy Bible-Todays English Version
9)Alkitab-(Bible Versi Malaysia)
The Bible Society Of Malaysia

~~~~~~~~~~~~~~~~~{:~~~~:}~~~~~~~~~~~~~~~~

tammat bab pertama:'dosa warisan'.teruskan bacaan utk 2 lagi bab yang akan ditulis kemudian.moga ALLAH SWT permudahkan usaha ini dan dikira di sisi ALLAH sbg amalan baik.


No comments:

Post a Comment