Thursday, September 24, 2009

happy birthday

saya ada ramai teman.di antara teman-teman saya itu,ada seorang teman saya.saya berkawan dgn dia hampir 6 tahun.telah ditakdirkan,selepas 12 hari saya lahir ke dunia ini,tibalah pula saat,teman saya itu keluar dari rahim ibunya.tika itu,saya tak pernah pun terfikir yang saya akan berjumpa dgn teman saya itu.

bahkan,selama 6 tahun di sekolah rendah,saya tidak pernah pun terfikir yang saya akan berjumpa dengan dia.begitulah seterusnya hingga saya menyambung pelajaran di sebuah sekolah tahfiz selepas menduduki peperiksaan menengah rendah(PMR).

tika di sekolah tahfiz inilah saya berjumpa dgn teman saya seorang ini.tiada yang istimewanya berlaku sepanjang persahabatan ini terjalin.hanya belajar bersama,bersembang,pergi ke dewan makan bersama malah dijemur di tengah padang pun kadang2 bersama :)

tika post ini di tulis,sudah berlalu dua hari dari tarikh hari lahirnya yang ke-**.tahun ini sangat berlainan sekali sambutannya jika dibandingkan dengan tahun yang sudah2.tahun lepas,saya menghadiahkan sehelai baju kpd dia.saya tak pasti,adakah dia pernah mengenakan baju pemberian saya itu.tapi,yang pastinya dia tidakkan lagi dapat memakai baju itu.

bukan kerana dia semakin berisi hingga tidak muat dengan badannya dan bukan juga kerana baju itu telah hilang.malah jauh sekali dari segala kemungkinan yang mungkin ada selain yang disebutkan tadi.tiada kemungkinan tetapi yang ada ialah hakikat.hakikatnya ialah kerana jasadnya sudah tiada lagi untuk memakai baju itu :(

untuk pertama kalinya,tahun ini saya menghadiahkan al-fatihah sempena hari lahir dia yang ke-**.tetapi,logikkah jika kita menyambut hari lahir seseorang sedangkan dia telah tiada(mati)?kerana peristiwa kelahiran adalah amat berlawanan sekali dengan peristiwa kematian.tapi,yang pastinya selagi nikmat nyawa diberi pinjam kepada saya ini,saya akan senantiasa menghadiahkan al-fatihah setiap kali tiba hari lahir dia hinggalah saya juga dijemput oleh ALLAH.rasanya,hanya inilah hadiah yang paling bermakna utk kehidupan dia di sana.

ya ALLAH,jauhkanlah dia dari fitnah kubur,lapangkanlah tamannya seluas mata memandang,beratkanlah neraca kebaikan untuknya,limpahanlah rahmatMu ke atasnya & engkau tempatkanlah dia & aku bersama kekasih-kekasihMu di syurgaMu.ameen.

No comments:

Post a Comment