Monday, September 07, 2009

sanah helwah ya gamil

happy belated birthday yg pertama kpd my first anak saudara,tuan ahmad hanif bin tuan mohd syafie(lihat gambar) yg genap setahun kelahirannya pd 050909 bru ni.semoga jadi anak yang soleh.jadilah penyejuk hati kpd kedua ibu bapa kamu dari kecik lg.jgn lupa sentiasa doakan kebaikan dunia akhirat utk mama & abah kamu.


mgkn ada yang anggap kenapa kita susah2 nak nasihat budak yang baru setahun jagung mengenal dunia.kalau bercakap pun xboleh lagi,inikan pula hendak memahami nasihat orang.membazir air liur saja.cakap2 seperti itu sentiasa kita dengar & mungkin @ memang ada kebenarannya.benarlah apa yang orang itu cakap kerana sememangnya budak2 yang baru setahun jagung kebanyakannya xpandai lagi bertutur dengan baik apatah lagi memahami tutur kata orang.

tetapi,bukan semua kanak2 begitu kerana Micheal Kevin Kearney tergolong kanak2 yang luar biasa kerana dapat bertutur ketika berumur 4 bulan.nak tahu lebih lanjut ttg micheal si kanak2 luar biasa ni,jom teruskan bacaan sampai habis.


micheal kevin kearney yang berusia 24 tahun telah diketahui menjadi pelajar termuda di dunia di sebuah universiti & berjaya mendapatkan ijazah pertama pada usia 10 tahun(saya tengah belajar pasti ketika umur ni,hehe).dia mula bertutur sejak 4 tahun dan pd usia 6 bulan,dia mengatakan pada doktor yang merawatnya,"saya mendapat infeksi disebelah telinga kiri",(mse umur ni,nok sebut cicok pon xreti lg,hehe) dan belajar utk membaca pada usia 10 bulan.xhabis lg,teruskan bacaan.dia berjaya menamatkan sesi persekolahan menengah pada usia 6 tahun,memasuki santa rosa junior college pd usia tersebut & berjaya menamatkan pada usia 10 tahun dlm bidang associate of science in geology.beliau disenaraikan dalam guinness book sbg pelajar lepasan universiti paling muda dengan mendapat ijazah dlm bidang antropologi.

itu la sedikit cerita ttg micheal si kanak2 yg luar biasa.klu org kampung saya cakap,extraordinary kid.tetapi(tetapi di sini bermaksud ada lagi kanak2 yang lebih hebat dari si michael ni)klu si micheal tadi hanya terpahat namanya dalam guinness book,kanak2 seorang ini terpahat kisahnya yang bercakap dgn jelas ketika baru saja dilahirkan ibunya yang mulia lagi suci dalam buku perundangan yang paling agung sepanjang umur dunia ini iaitu AL-QURAN.siapa lagi kalau bukan nabi yang terakhir yang di utuskan kpd kaum bani israel dari zuriat NABI ISHAK iaitu NABI ISA ALAIH SALAM.kisah benar lagi masyhur di kalangan umat islam ini dirakam oleh ALLAH SWT dalam surah maryam dari ayat 29-34 yang bermaksud:

29-maka dia (maryam) menunjuk kepada (anak) nya.Mereka berkata,"bagaimana kami akan berbicara dgn anak yg masih dalam ayunan?
30-dia (Isa) berkata,"sesungguhnya aku hamba ALLAH,Dia memberiku Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi,
31-dan Dia menjadikan aku seorang yg diberkati di mana saja aku berada,dan Dia memerintahkan aku (melaksanakan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup,
32-dan berbakti kpd ibuku,dan Dia tidak menjadikan aku seorang yg sombong lg celaka.
33-dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku,pada hari kelahiranku,pada hari wafatku,dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.
34-itulah Isa putera Maryam,(yg mengatakan) perkataan yg benar,yang mereka ragukan kebenarannya.

bukan ke hebat namanya?semestinya hebat kerana islam & al-quran walaupun ada sesetengah pihak yang tidak mengiktiraf kehebatannya malah ada yang menafikan & membohongi kebenarannya.

berbalik pasal nasihat kpd kanak2.sebenarnya,melatih diri memberi nasihat ketika anak2 masih kanak2 ini adalah kebaikan utk ibu bapanya juga.apa yang baiknya?baiknya adalah ibu bapa tidak akan kekok utk memberi nasihat apabila anak2 mereka menjangkau dewasa nanti kerana rata2 hari ini,ibu bapa segan & tidak reti untuk memberi nasihat kepada anak2 sendiri.hasilnya,jadilah anak2 mereka itu sampah masyarakat.masyarakat yang tidak mengenal ALLAH,tidak mengenal RASUL,tidak tahu solat.masyarakat yang hanya tahu berseronok2,berpeleseran,& terkinja-kinja ke sana ke mari hingga mengalahkan beruk.


beruntunglah orang yang berpesan-pesan dgn kebenaran & mereka yang nasihat-menasihati dgn kesabaran.

Rujukan:

1)a-quran darul iman-pustaka darul iman sdn bhd Kuala Lumpur.
2)majalah terbest antara benua APO?
isu 256 ruangan XPOSE bhgn 2:kanak2 yang luar biasa.



No comments:

Post a Comment