Sunday, November 22, 2009

Majlis Khatam Kitab 65 Manusia Langit 'Perjalanan Hidup Sahabat Rasulullah S.A.W'


inilah kitab 65 Manusia Langit Kisah Perjalanan Hidup Sahabat Rasulullah S.A.W


penceramah tetap kuliah maghrib al-fadhil ustaz mohd amin bin hamid sedang menyampaikan kuliah beliau



hadirat sedang khusyuk mendengar kuliah untuk tajuk yang terakhir dari kitab tersebut



beberapa orang hadirat mulai tidak khusyuk apabila digoda oleh lensa kamera..ish3 xpatut2


itulah beberapa saat yang sempat penulis 'beku'kan ketika majlis tersebut berlangsung.65 manusia langit adalah sebuah kitab penceritaan kisah perjalanan hidup sahabat-sahabat pendamping Rasulullah sepanjang baginda menjalankan misi dakwah baginda.sebuah kitab himpunan sahabat dari semasyhur-masyhur sahabat seperti Usman ibn Affan dan Abdullah ibn Masud sehinggalah kepada sahabat yang mungkin jarang sekali namanya meniti dibibir kita pada hari ini seperti Abbad bin Bisyr,Tsumamah bin Utsal,Fairuz Ad-Dailami dan ramai lagi. 

walaupun kitab tersebut tidak semasyhur dan semuktabar kitab-kitab yang pernah dikarang dalam sejarah penulisan ilmu,tapi apa yang penting adalah setakat mana penghayatan kita dalam mengambil ilmu dan pengajaran dari suatu kitab yang kita belajar atau baca.itulah yang paling penting pada pandangan penulis.

pembacaan kitab ini bermula pada 13/07/09 dan berakhir pada malam semalam iaitu pada 21/11/09.mungkin kitab ini dapat dikhatamkan lebih awal,tetapi memandangkan pada bulan 8 baharu ini bulan ramadhan bertamu,jadi  pembacaan kitab ini terpaksa ditangguhkan.

inilah sedikit laporan mengenai majlis khatam kitab 65 manusia langit.

No comments:

Post a Comment