Monday, November 16, 2009

apabila berhadapan dengan sesuatu berita....

pada hari khamis baru ini,penulis menemani ayahandanya ke Kuala Terengganu(KT) atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan dgn kadar segera.
dalam perjalanan ke sana,IKIM.FM menjadi peneman sepanjang permusafiran,pemecah kesunyian kala tiada modal untuk bersembang.
kebetulan,apabila berjaya mencapai frekuensi 100.20 fm,satu diskusi yang agak menarik sedang berlangsung antara penyampai radio IKIM ketika itu dengan seorang ahli panel wanita.
tajuk perbincangan pagi itu ialah tentang implikasi baiah talak tiga (yang dipalitkan kepada wakil rakyat PAS) terhadap institiusi keluarga.

penting bagi penulis untuk mengingatkan bahawa walaupun untuk edisi kali ini,penulis cuba berkongsi pendapat tentang masalah dalaman PAS,ini bukan bermakna tulisan ini dikuasai oleh sentimen kepartian tapi ini lebih kepada keadilan terhadap diri sendiri apabila berhadapan dan menilai sesuatu berita.
keadilan dalam menilai sesuatu berita itu semestinya keadilan yang palsu bahkan dinamakan zalim jika tidak disandarkan kepada Al-Quran.

oleh itu,mari kita meneliti apakah bentuk keadilan yang diajar oleh Allah di dalam Al-Quran dalam menilai sesuatu berita yang sampai kepada kita.

 "wahai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita maka selidiklah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu"  49 : 6
penulis amat pelik bin ajaib apabila mendengar IKIM,satu-satunya radio berbentuk islamik yang ke udara dalam udara Malaysia ini boleh mengadakan suatu perbincangan terhadap berita yang belum pasti kewujudannya.mengikut anggapan penulis,banyak persoalan meragukan yang timbul dari berita itu,antaranya:
  1. adakah baiah talak tiga betul-betul wujud dalam PAS?
  2. siapakah yang menimbulkan berita baiah talak tiga itu?
  3. dari mana sumber baiah talak tiga itu di peroleh?
pada perbincangan tersebut,IKIM seperti mahu mencorak pemikiran para pendengar bahawa baiah talak tiga yang kononnya diamalkan oleh PAS mendatangkan kesan yang negatif kepada institiusi kekeluargaan.bahkan seingat penulis,ahli panel wanita yang dijemput itu menyarankan agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berhubung masalah tersebut.jadi, ingin penulis bertanya,apakah rasional ahli panel wanita tersebut mengutarakan cadangan yang sedemikian?

semestinya Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berfikir 10 kali untuk mengeluarkan fatwa berkait hal tersebut kerana baiah tersebut tidak berlaku dalam PAS.sila lihat di sini.kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong PAS,Datuk Mustafa Ali tempoh hari itu telah menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada wakil-wakil rakyat PAS.tidak pernah diadakan baiah sedemikian.

jadi,sebagai sebuah radio yang menggalas Islam sebagai wadah perjuangan,IKIM seharusnya bertanggungjawab terhadap perbincangan yang telah mereka adakan tempoh hari.pada masa akan datang,IKIM perlu meneliti terlebih dahulu sebarang tajuk diskusi ilmiah yang hendak dihidangkan kepada para pendengar.jika tidak,ia akan menimbulkan salah faham orang yang mendengar.bukankah nama IKIM itu sendiri menggambarkan bahawa komitmen IKIM yang ingin memberikan kefahaman islam yang betul kepada para pendengar?hari ini,pendengar IKIM sentiasa bertambah.IKIM semakin diterima oleh semua lapisan masyarakat.kelebihan itu sepatutnya dipandu oleh IKIM dengan cara yang betul supaya tercapai matlamat penubuhan IKIM.penulis sendiri peminat IKIM.

teguran ini bukan bermakna memarahi jauh sekali membenci tp ingin sekali melihat IKIM terbang lebih jauh lagi.IKIM sepatutnya disokong kehadirannya dalam dunia  ini kerana ia memberi pilihan kpd rakyat Malaysia dalam memilih siaran radio yang bermanfaat  lagi bermaklumat.IKIM juga perlu disokong kerana wadah perjuangan yang dibawa yang melawan arus dari sekalian siaran radio yang wujud di Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment