Tuesday, November 10, 2009

We dalam kenangan,Ge teruskan kehidupan

BAB 1-KELAHIRAN & KEGEMBIRAAN

dia(penulis) ada 2 ekor anak kucing
kedua-dua ekor anak kucing itu lahir pada 180909 (2 hari sebelum hari raya)
seekor bernama Duwe(2).nama manja We.ia ni jantan
seekor lagi bernama Tige(3).nama manja Ge.ia pula,betina.
ibu yang melahirkan anak kucing itu bernama Tina.dia(penulis) amat gembira dgn kelahiran anak kucing itu.

BAB 2-KEMATIAN & KESEDIHAN

dia(penulis) sangkakan cerah sampai ke petang tp,rupanya hujan di tengah hari.
kegembiraan itu tidak lama dimiliki oleh dia(penulis) kerana,
belong durjana kampung itu telah membaham salah seekor anak kucing itu yang bernama We.
dia(penulis) tidak tahu,apakah dosa si anak kecil itu hingga si belong itu sanggup membunuh anak yang baru hendak mengenal erti kehidupan ini. 
suasana sedih & pilu menyelubungi persekitaran rumah die pada petang kejadian itu berlaku. 
We telah di kekoh hingga mampos pada 271009 bru ni.
ia mampos ketika berumur 1bulan 9 hari.
belong kampung ni mmg kurang ajaran dr ibu bapak dia.
geram 2x..

BAB 3-BERTAMBAH GERAM

akibat dari peristiwa hitam itu,kawalan keselamatan terhadap pewaris tunggal keluarga kucing itu diperketatkan.
setiap gerak geri Ge diperhatikan agar tidak sewenang-wenang berkeliaran terutamanya kawasan di luar rumah.
pelbagai  usaha telah telah dijalankan agar peristiwa itu tidak tercatat sekali lagi dalam diari kehidupan kucing itu.
tp,malang tidak berbau.gerak-geri musuh tidak dapat di hidu.apatah lagi bau kucing.
nafsu kebinatangan belong itu tidak dapat di kawal lagi.
tidak cukup dgn membunuh We,belong itu jgk turut cube utk bunuh adik We,iaitu Ge.
041109 dipilih oleh belong tersebut utk melakukan korban terhadap Ge.
menurut seorang saksi kejadian tersebut,ketika korban itu berlaku,beliau hanya mampu melihat Ge menggelepur kesakitan manakala si belong durjana itu lari membuka langkah seribu.tidak cukup tanah si belong itu lari.
terdapat kesan luka di tengkuk Ge akibat gigitan belong durjana itu.
tempat luka yang sama dikesan pada abang Ge yang terlebih dahulu meninggalkan dunia

BAB 4-SYUKUR

dia(penulis) serta adik-beradiknya hanya dapat melihat keseksaan yang ditanggung oleh Ge.
hampir separuh badan Ge di sebelah kiri tidak dapat berfungsi dgn baik.
berjalan pun tidak berapa betul.

-----------------------------------------

hari berganti hari,minggu tidak berganti lagi,dilihat keadaan Ge semakin pulih dari kecederaan yang di alami.
dia(penulis) amat gembira apabila melihat perkembangan yang ditunjukkan oleh Ge.
kini,Ge telah sihat sepenuhnya.
Ge dapat bermain dgn seronok sekali walaupun tidaklah seseronok ketika abangnya masih hidup.

BAB 5-HARAPAN

peristiwa yang berlalu itu amat memberi pengajaran yang bermakna kepada dia(penulis).
harapan penulis agar Ge terus hidup untuk mengembangkan lagi zuriat keluarga kucing rumah ini yang semakin malap.
kembalikan semula sejarah kegemilangan kucing rumah ini dengan meramaikan lagi ahli kucing di rumah ini. 

~tamat~




dulu,We (hitam & putih) & Ge( koko,putih & hitam) mmg suka tidur dalam baldi kecil ini


kini,tidur la Ge keseekoran tanpa teman..sob3


We kini tinggal dalam lipatan sejarah kucing2 yang pernah menghiasi rumah ini

No comments:

Post a Comment