Tuesday, October 06, 2009

gempa bumi,tsunami,ribut taufan & ayat 41 surah ar-rum


Korban tinggi akibat sikap manusia

MANILA: Pakar mendakwa kerosakan alam sekitar, perancangan bandar yang lemah, rasuah dan pelbagai masalah yang dilakukan manusia menyebabkan jumlah korban meningkat setiap kali bencana alam berlaku.

Minggu ini, ribuan penduduk Asia terbunuh akibat bencana yang sebelum ini dianggap berlaku secara semulajadi.


Namun, pakar alam sekitar Tabung Hidupan Liar Dunia dari Filipina, Rafael Senga menegaskan, manusia turut menjadi punca kesan yang dialami lebih teruk lagi.

Menurut Rafael, pemusnahan hutan, jumlah manusia yang tinggi di bandar dan perubahan cuaca akibat perbuatan manusia menyumbang kepada masalah yang dihadapi kini.

“Kombinasi faktor menyebabkan berlakunya bencana yang besar di rantau ini.

“Kesan dialami akibat pemusnahan hutan dan perubahan cuaca mendadak amat besar,” katanya di Seminar Perubahan Cuaca anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bangkok.

Kebanyakan mangsa banjir Taufan Ketsana di Filipina didakwa tertumpu di kawasan padat penduduk di Marikina, Manila.


Namun penduduk turut berkata, banjir itu bukan banjir air tapi lumpur yang dihanyut daripada kawasan bukit-bukau yang gondol selepas pokok ditebang.

“Banjir bukan air tapi lumpur,” kata Ketua Perubatan Hospital Rodriquez, Joanna Remo di Marikina.

Kepadatan penduduk yang tinggi di Padang, Indonesia dan juga Sichuan, China turut menyebabkan jumlah korban akibat gempa bumi tinggi.

Namun, masalah ini mungkin menjadi lebih buruk. Pada 2030, lima bilion penduduk seluruh dunia dijangka menetap di kawasan bandar berbanding hanya 3.3 bilion pada 2008.

Pusat Persediaan Bencana Asia di Bangkok mendakwa, keghairahan membangunkan ekonomi menyebabkan Asia mengambil jalan singkat dan mengetepikan usaha membina bangunan tahan taufan dan gempa bumi selain mengetepikan sama sekali rancangan penggunaan tanah secara positif. - AFP

.........................................................................

sesuatu yang terjadi pasti ada sebab & hikmah yang tersendiri.Allah telah mengingatkan tentang semua bencana yang telah,sedang & akan berlaku adalah sebab & akibat tangan-tangan jahat manusia itu sendiri.Semua itu telah dirakam oleh Allah dalam kitabNya sejak 1430 dahulu.

perhatikan ayat 41 surah ar-rum:


telah tampak kerosakan di darat & di laut disebabkan kerana tangan manusia;Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka , agar mereka kembali ( ke jalan yang benar).

No comments:

Post a Comment